Apa masalahnya DAP tanding di 90 kerusi parlimen?
Aku tahu ramai orang tatau. So sekarang
aku nak bagitau satu rahsia. Sebenarnya aku bakal bertanding di 100
kerusi bakal dan akan memenangi kesemua kerusi2 tersebut. Tak caya
korang tunggu dan lihat oke.
kah kah kah
Gini. Dalam akhbar utusan terbitan hari
neh ada bagitau bahawa 90 akan bertanding dalam 90 kerusi. Siap letak
tanda soal. Which mean dia tak pasti lah benda tue betul ke auta ke apa.
Sebab tue dia letak tanda soal dan bukan tanda noktah. Lepas tue yang
buat aku rasa sedikit kelakar mengenai artikel tersebut ialah utusan
secara tidak langsung telah membayangkan bahawa ;
1. DAP confirm menang ke atas kesemua 90 kerusi parlimen yang dorang bakal tandingi.
2. PR memang confirm akan menang besar dalam pru - 13 seterusnya dap akan berkuasa.
Taktau lah samada utusan memang tak
yakin bahawa bn boleh menang besar ataupun memang dia tak faham apa
sendiri yang dia tulis tetapi satu benda yang aku pasti ikut cara mana
pun dia menulis, bn juga yang kena sindir akhirnya. Itu satu bab.
Sekarang kita cakap pasal pecahan parlimen pula. Logik ke dap tanding 90
kerusi?
Kalau tanya pada aku memang logik. Usah
kata dap, bahkan pkr dan pas juga logik bertanding lebih dari 90 kerusi
parlimen. Tetapi masalah sekarang bukan isu logik tetapi isu fakta. Jika
dap bertanding di 90 kerusi parlimen maka ini bermaknanya berlakunya
pertidihan calon di satu2 kawasan. Jika bukan pertidihan calon, korang
fikir ada penambahan kerusi parlimen ka?
Ini kerana PAS telah menyatakan hasrat
bertanding di 80 kerusi dan PKR juga menyatakan akan bertanding lebih
kurang di 86 kerusi. Jika dap 90 maka ;
90 dap
80 pas
86 pkr
= 256 kerusi. Kenapa ada lebihan
sebanyak 34 kerusi parlimen? Untuk rekod, pkr telah meletakkan calon di
97 kerusi parlimen pada pru-12 yang lepas. Dap meletakkan 47 calon di
kerusi parlimen.
Dari 47 calon tersebut dap menang 28
kerusi. Dan dari 28 kerusi tersebut tiada satu pun kerusi yang dap
menang bergaya melebihi 20% majoriti undi. Tetapi pas ada 6 kerusi
menang bergaya melebihi 20% majoriti.
Pada pru-12, dap bukan berada di
kedudukan yang terbaik. Kedudukan terbaik ialah pkr. Dengan hanya 1
kerusi pada pru 2004, mereka dapat 31 kerusi pada pru 2008 sebelum
beberapa ekor mangkok ayon melompat. Ini bermaksud PKR telah mengubah
senario politik di malaysia, bukan dap dan bukan pula pas. Atau lebih
tepat kita cakap Anwar Ibrahim.
Ini fakta yang utusan cuba mislead.
Sebenarnya apa yang berlaku dari 2008 hingga ke prk 2011 ialah undi kaum
melayu dan india berbelah bagi. Namun undi kaum cina konsisten. Sebab
itu dap dilihat menonjol namun bukanlah berada di prestasi yang terbaik.
Ia hanya nampak terbaik sebab itu yang umno nak korang nampak.
Apakah korang fikir
Contoh ;
Kawasan A.
Wakil yang bertanding ; BN, DAP dan PAS.
Agak2 korang nak ke PR buat begini? Sedangkan dap dan pas sekarang dalam side yang sama? Buat apa dorang nak pecahkan undi ?
Berapakah jumlah kerusi parlimen di
malaysia? = 222 kerusi. Namun di dewan sekarang 221. Kerusi dr.lolo
kosong selepas arwah meninggalkan kita tak berapa lama dulu. Dan semata2
di semenanjung jek, kita ada 97 kerusi parlimen.
Mengikut pecahan kerusi ikut parti pula ;
Umno paling selesa dengan 78 kerusi. MIC
dan MCA berada di kedudukan terburuk mereka. Tetapi ini bukan kedudukan
terburuk umno walaupun ini memang kedudukan yang teruk bagi bn. Namun
kedudukan ini tidak akan bertahan lama. So memang patut pun korang
bimbang wokey?
kah kah kah
Habis bab kedua. Kita cakap pasal bab
ketiga. Utusan petik info dari blog suarapakatanrakyat.org . Lihat
printscreen kat bawah neh ;
Sebenarnya tak salah dia nak petik info
kat mana2 pun. Akhbar dia, dia punya pasal larh. Maklumat sahih ke tak
sahih pun dia punya pasal larh juga. Kalau kena saman sendiri tanggung.
Tapi yang salah ialah menganggap info
tersebut direct dari sumber dalaman pr. Ini tak betul.
Suarapakatanrakyat tue dah lama kita war2kan blog yang bukan mewakili
pakatan pun. Tapi tak sangka ramai gak yang terkena dan percaya info2
dalam tue mewakili pr padahal takde kena mengena langsung. Siap p
sebarkan dan kali neh siap masuk paper pula.
Orang2 yang baca utusan, mungkin ada di
antara mereka yang memilih owhh takmo percaya arh utusan, utusan suka
cakap tipu. Takan suarapakatanrakyat cakap begitu. Itukan blog pr. Then
bila mereka check internet ehh sahih la ada blog suarapakatanrakyat.
Betul ka pr yang sahkan info tersebut? Betul ke dap akan mendominasi
dalam pr sekaligus memperdayakan pkr dan pas?
Cuba fikir apa kesan dan impaknya
disitu? Kita yang selalu main internet takdak hal. Sebab dah tahu benda
betul. Tapi mereka yang jarang main internet dan hanya check internet
utk perkara2 yang perlu jek macam mana? Tidak kah mereka akan terpedaya
dan akhirnya menyampaikan isu tersebut dari mulut ke mulut?
Bukan sekali dua aku cakap pergilah
pemimpin pr buat satu kenyataan rasmi bagitau suarapakatanrakyat tue
takde kaitan dengan pr. Buatlah satu statement rasmi. Orang mahu tahu.
Setakat mana blog aku boleh cover? Setakat mana kbsb boleh cover? Kita
ada ramai pengguna internet. Insya-Allah apa yang kami tak boleh cover,
portal berita macam malaysiakini dan themalaysianinsider boleh cover.
Dan akhirnya ramai orang akan alert bahawa suarapakatanrakyat tue bukan
blog pr.
Ini tidak, setiap kali pun ada orang
inbox, meenoo betul ke ini pr yang cakap. Blalablana.. then kena
explain. Taklah der.. bukan ada kaitan dengan pr pun. Itu buat yang sudi
tanya. Sudi amek tahu. Sudi cari kebenaran. Buat yang tak sudi tanya?
Yang tak sudi cari kebenaran dan tak sudi amek tahu? Macam mana dengan
persepsi dorang?
Sekurang2nya bila aku datang kepada ko,
aku terus terang di sini dimanakah garisan yang aku pijak. Berbanding
dengan suarapakatanrakyat. Mereka tak terus terang dan mereka
memanipulasi. Tak caya? Meh tengok bawah neh sendiri oke ;
Member siap bersumpah tue der. Tak boleh
blah betul. Sebenarnya kita nak tulis or rasa apa pun kita punya pasal
larh. Cam aku. Ini amenoworld punya pasal larh. Tapi apa yang tak betul
kat blog suarapakatanrakyat neh ialah NAMA blog itu sendiri.
Dia pakai nama blog SUARA PAKATAN RAKYAT
seolah2 dia adalah SUARA rasmi dari PAKATAN RAKYAT walhal dia bukan ada
kaitan dengan media pakatan rakyat pun. Cuba terus terang jek cam
amenoworld, cam tpu, cam aduka, cam lain2 blogger. Guna nama sendiri.
Nak kutuk ka nak puji ka apa ka at least orang boleh faham oooowhh ini
pemikiran blogger SENDIRI bukan ada kaitan dengan pemikiran pemimpin.
Ini ko guna nama suarapakatanrakyat
lepas tue ko letak info palsu, siap bersumpah bagai macam ko ada kaitan
dengan pr padahal takde langsung. Ini yang membuatkan orang jadi hangin.
Papa gomo pun tak bebal cam ko. Dia pun terus terang jek pakai nama
dia. Dia neh lebih teruk dari papa gomo. WTF!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan