Isnin, 26 Mac 2012



Isa Samad tak perlu ugut!

 Ahmad Maslan, Isa Samad, Sabri Ahmad dan Anuar Manap tak perlu gelabah sampai nak buat laporan polis atas kebocoran maklumat yg dia dakwa daripada orang dalam Felda. Bukankah selama ini mereka2 ini mendakwa dapat sokongan padu peneroka dan pegawai Felda? Mereka kata pembangkang saja yang menentang penyenaraian FGVH? Berterusteranglah bahawa perancangan anda telah GAGAL! 

Bukan saja tak boleh senaraikan KPF, Tanah Felda Plantation pun kerajaan negeri tak mau bagi. Yang tinggal tanah peneroka je. Kalau mereka teruskan juga penyenaraian; Tanah peneroka dlm bahaya. Statement Ahmad Maslan dlm Sinar Harian beberapa hari lepas dia dah terlepas cakap. Kata beliau, peneroka beruntung kerana tanah peneroka di sewa dan akan dapat pulangan yang baik. Bukankah sebelum ini dia kata tanah peneroka segenggam pun tak di usik? Kenapa pulak dia kata di sewa? Sebelum ini saya pernah cabar dia nafikan pinjaman 6 bilion dgn KWSP tidak cagarkan tanah peneroka. Sampai hari ini dia tak jawab. Yg pasti mulai th 2012, bayaran ballik pinjaman yg Felda kena bayar pada KWSP RM300 juta setahun. Saya sgt mengesyakki surat pekeliling durian runtuh yg dikeluarkan Pengurus Felda kpd peneroka; mintak salinan ic, salinan geran, ac bank dll; adalah strategi halus pungutan suara sokongan peneroka kpd penyenaraian FGVH. Sekaligus plan perancangan mereka akan menyandarkan tanah 10 ekar peneroka. Kalau tidak, penyenaraian FGVH nak guna aset apa?

Wahai saudaraku warga Felda hati2 dgn penjajah baru ini. Jgn ulangi kesilapan peneroka Chaya Baru, Sendayan, LB Johnson dan Sg Buaya. Menang sorak kg tergadai.

Undi PR, cadangan penyenaraian FGVH akan dibatalkan samasekali!
Konvensyen Halatuju Felda 22 April ini di KL akan bincangkan secara mendalam isu penyenaraian, masa depan generasi muda Felda, penambahbaikan Felda dll.


ARTIKAL GAYA PENEROKA

Tiada ulasan: