PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan
Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami
kerugian.
Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.
Pakar
ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan,
Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian
sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan
sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.
Katanya, kerugian
itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar
balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.
"Felda telah
melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies
Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada
sejak Oktober 2007.
"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu
syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat
gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini
membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di
lobi Parlimen hari ini.
Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.
"Kenapa
Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia
adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994
dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga
ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Selain
itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika
syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.
"Apakah
pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat
kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.
Sementara
itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi
penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada
2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.
"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.
"RM235
milion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli
lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?
"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya. -HD
Petikan dari Greenboc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan