Ramalan Muram Mahathir Musnah Keyakinan Najib Altantuya?
Menjelang Pilihan raya Umum Ke-13 yang dijangka akan berlangsung pada
bulan Jun, Najib dalam bayang kempen-kempen pilihan raya beliau semenjak
tiga bulan ini telah menunjukkan keyakinan yang meningkat untuk meraih
kemenangan dalam pilihan raya umum yang akan datang, termasuklah untuk
merampas kembali negeri Selangor dari pucuk pimpinan pentadbiran
kerajaan Pakatan Rakyat.
Populariti Najib yang kelihatan meningkat 10 poin kepada 69 peratus
berikutan peranan baru beliau sebagai “Santa Claus” dengan pemberian
tunai RM500 Najib kepada golongan yang berpendapatan rendah dan deretan
kontrak yang bernilai jutaan ringgit serta peruntukan-peruntukan yang
telah diagihkan seiring dengan dasar falsafah beliau “I help you, you
help me”.
Namun demikian, kadar populariti Najib tidak dapat dibandingkan dengan parti-parti komponen Barisan Nasional.
Minggu lepas sahaja, Najib telah menyebut dengan bangga maklum balas
rakyat yang sangat menggalakkan dan kononnya rakyat jelata telah
memaklumkan kepada beliau bahawa sokongan rakyat telah dikembalikan
kepada Barisan Nasional semenjak pilihan raya 2008.
Semuanya sudah kelihatan siap sedia untuk menghadapi Pilihan raya Umum Ke-13 pada bulan Jun.
Tetapi sesuatu yang aneh telah berlaku dalam beberapa hari yang lepas di
mana momentum untuk pilihan raya diadakan pada bulan Jun tiba-tiba
kelihatan goyah.
Adakah keyakinan Najib untuk meraih kemenangan besar dalam Pilihan raya Umum ke-13 dimusnahkan oleh ramalan muram Mahathir?
Kelmarin, dalam ucapan terbaru, sebagai amaran kepada Barisan Nasional,
Mahathir telah menyatakan bahawa “Tiada kemenangan yang mudah”, dan
supaya Barisan Nasional jangan terus yakin dan percaya yang mereka boleh
menikmati kemenangan pilihan raya yang terjamin, terutama sekali kerana
Pakatan Rakyat merupakan pihak pembangkang yang bukan dari zaman beliau
sebagai Perdana Menteri.
Seperti yang dimaklumkan oleh Mahathir kepada Bernama Online:
“Apa yang pasti adalah, bukan mudah untuk BN meraih kemenangan dua
pertiga majoriti untuk kali ini. Pihak pembangkang sekarang bukanlah
seperti pembangkang dahulu dan situasi sekarang agak membimbangkan”.
Sehari sebelum itu, Umno telah digemparkan dengan kenyataan Mahathir
untuk membedil keyakinannya apabila beliau membuat pengakuan yakni Umno
tidak memiliki pemimpin yang bertauliah dan berkualiti untuk membentuk
kerajaan yang berkemampuan sebagaimana yang diketahui “Sudah berdekad,
Umno “tidak membenarkan” golongan yang bijak untuk mendaftar sebagai
ahli parti”.
Kini Mahathir memberi sokongan kepada Umno bahawa parti tersebut perlu
mencalonkan orang luar untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan
datang, mencalonkan “calon yang bermutu”, sama ada yang dicalonkan itu
mempunyai keahlian dengan parti ataupun tidak dan meninggalkan kebiasaan
mereka dalam pemilihan calon dari ketua bahagian untuk bertanding.
Dengan keyakinan awal Umno untuk meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13
yang semakin terhakis dan peluang untuk merampas kembali pentadbiran
negeri Selangor serta pengekalan negeri Perak di bawah jajahan mereka,
mood pilihan raya nampaknya sudah ditetapkan bagi Najib, menjelang ulang
tahun ketiga sebagai Perdana Menteri, untuk berdolak-dalik menundakan
tarikh pilihan raya pada masa yang lebih lewat.
Lim Kit Siang ialah Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan