Khamis, 7 Mei 2015

KEADILAN menang di Permatang Pauh, majoriti hampir 10,000

(Oleh: Azuan Ab Rahman)

PERMATANG PAUH 7 MEI- Seperti dijangka, KEADILAN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu dengan majoriti besar.
PRk permatang PauhKeputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului tiga pencabarnya dengan majoriti 9,918 undi.
Sehingga jam 9.25 malam, KEADILAN memperolehi 30,504 undi berbanding Barisan Nasional (BN) 20,586 undi, Bebas 359 undi dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) 98 undi.
Keputusan rasmi dijangka diumumkan pada bila-bila masa.
Sementara itu, difahamkan Wan Azizah akan menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangannya kepada semua petugas dan pengundi di Tapak Ekspo Seberang Jaya selepas pengumuman rasmi dibuat.
Dalam PRK itu, Wan Azizah berdepan calon BN, Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (bebas).
Kerusi itu kosong susulan kegagalan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan pengampunan diraja atas kes Fitnah 2 yang mengheretnya ke penjara.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=66485

Tiada ulasan: