Rabu, 13 Mei 2015

Adun BN Lenggeng diisytihar bankrap

Apakah akan ada satu lagi PRK?



Berita Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng Datuk Ishak Ismail (gambar) daripada Barisan Nasional (BN) diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi Seremban hari ini kerana kegagalannya membayar pinjaman daripada ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi, memungkinkan satu lagi pilihan raya kecil (PRK) diadakan, lapor The Star Online hari ini.
Menurut portal berkenaan, Ishak mengesahkan perkara tersebut akan tetapi mengatakan hanya menerima surat perintah mahkamah itu pada 27 April.


"Peguam saya sudah menghantar permohonan untuk mengetepikan keputusan ini dan akan didengar di Mahkamah Tinggi esok," katanya kepada portal berkenaan dan menambah beliau hanya menjadi penjamin kepada kontraktor yang meminjam wang daripada Misran.Menurut The Star Online, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri, berkata status Ishak sebagai Adun kekal sehingga rayuannya didengar.
Link:http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=23719

Tiada ulasan: