Malaysia sekali lagi tersenarai antara lima negara yang mencatatkan purata aliran kewangan haram tertinggi sepanjang dekad ini.
Menurut
laporan tahunan terbaru Global Financial Integrity (GFI), yang
beribupejabat di Washington, Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul
sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004.
Pada tahun 2013 sahaja, Malaysia kehilangan sejumlah AS$48.25 bilion, kata pemerhati kewangan global itu.
Aliran keluar modal haram, kata laporan itu, berpunca daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti haram lain.
Malaysia juga kekal pada kedudukannya sebagai antara lima negara dengan aliran keluar kewangan haram tertinggi.
Selepas
menduduki tempat kedua paling teruk pada tahun 2010, kedudukannya
"bertambah baik" dengan berada di tempat keempat pada 2011 dan kekal di
tempat kelima sejak 2012.
Bagi tahun 2013, Malaysia sekali lagi berada di kedudukan di belakang China, Russia, Mexico dan India.
Sumber:MKini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan