Isnin, 8 Oktober 2012

Kim Jung Woo's photos


KRONI SIAPA BUAT UNTUNG BESAR PROJEK MEMBEKALKAN TONG AIR 1MALAYSIA...?

 

GILA : Kos Tangki Air Plastik 1Malasyia RM2500 Seunit?

Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

“Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah. Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu,” Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik.

“Sampai sekarang, bekalan air terawat tidak boleh didapati walaupun rumah penduduk kampung mempunyai paip air. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa penduduk kampung terutamanya di Sabah ini dipinggirkan?” soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Katanya lagi, pemberian tangki plastik ini bukanlah satu penyelesaian masalah jangka panjang.

“Apa gunanya tangki tersebut dalam musim kemaru yang panjang atau lebih dari seminggu? Penduduk akan tetap menderita ketiadaan air,” ujar Dr.Hiew.

Dalam perkara yang sama, satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Sabah itu berkata bahawa air yang ditakung dari air hujan tersebut tidaklah bersih dan biasanya menjadi tempat nyamuk bertelur.

“Kekotoran pada bumbung rumah juga boleh menyebabkan air takungan tersebut tercemar.” jelasnya lagi.

“Oleh yang demikian, perkara yang perlu diutamakan bukanlah tangki air plastik tetapi membekalkan bekalan air bersih terawatt kepada kawasan pedalaman untuk memastikan kesihatan penduduk terjamin.” – Roketkini
— with Lawan Corruptions, Begok Honda, Zamzuri Mohamed Tahir, Tikus Hutan, Cik Siti Fareha, Puteri Ellysa Betty Shah, Mohd Ridzal Mubin Damsek, Penyelaras Dun Kota Anggerik, Aiman Rosis, Miloais Suam, Ahmad Shaari Abdul Kadir, Jeneral Yakuza Ogawa, Frank Yapp Lai Singh, Aesha Nafiah Lens Termurah, Raja Mohd Shahrim, Akki Gidar, Cat Master Miu Miu, Zulkiflie Jay, King Ahmad II, Putu Kodok Taka, Yob Tualang Sekah, Dato Profesor Mohamad Majdan, Ron Haslam, Syed Saifullah, Rider Blacxx, Amalin Damia, Roslin Ahmad, Keris Mas Sejati, Jeneral Yakuza Ogawa II, Vote Pakatan Rakyat, Laila Natasha II, Izuwan Arc Golok's, Pejuangan Belum Selesai, Otai Reformasi, Wan Chelsea, Mohd Fahmi, Suhaimi Idris, Hamitsu Koniciwa, Ravindran Kunjan, Cybertrooper Pakatan Rakyat, Monggo CG, Hafiy Bunkface, Raden Ku Asmar, Mahadzir Det, Nancy John, Pena Dari Tanah Melayu, Leman Raja Lawak, Field Marshal Amd, Dila Mubarak and Azura Manja.
Share · Saturday ·

Tiada ulasan: